Monday, May 17, 2010

Jenis darah mengikut peribadi seseorang...

Sedar tak kita, Allah menjadi setiap manusia berbeza-beza dari semua segi dan mengikut kemampuan seseorang untuk menghadapi kehidupan di muka bumi ini..
Cuba kita nilai diri kita sebelum orang nilai kita.....
jommmm kita renung seketika di sebalik diri kita.....!!! jeng...jeng..jeng!!!
DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu darikategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apajua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerjaberkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya di katakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu jugaterlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikantekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebihbijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.



DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamugemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemarmelibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul denganindividu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasasenang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, danbertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamutergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadianpenyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalukuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untukberehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangankerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pulayang terabai.
DARAH ‘ B
’Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yangterlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemarmelaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yangkreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan dirisendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamuadalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamuyang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkankelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semuaperkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelasterpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan inimenjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untukberdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadidalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun adasatu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlulebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkanorang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
petikan dari : Dunia kita

No comments:

Post a Comment