Tuesday, March 16, 2010

Persahabatan Di Salah Erti


Topik ini memang agak menarik terutama kepada diri sendiri sebab saya selalu je berjumpa dengan masalah sebegini. Berkawan tak salah, bersahabat juga tak salah, bercinta jugak tak salah dan mencintai jugak tak salah. Itu hakikat yang harus ditempuhi jika tuan puan adalah seorang manusia. Tak kira kecenderungan anda normal atau tidak mengikut fitrah, yang pasti berkawan dan bercinta memang tidak dapat lari dari kitaran kehidupan.

Dalam kita berkawan, sedar tak sedar… hormon kaum lawan akan mula bergolak. Tidak kira lelaki, tidak kira perempuan. Ertinya rembesan hormon mereka memuncak muncak tanpa kita sedar. Kita yang berkawan atas dasar menegakkan ummah, disangka kita berkawan atas dasar ingin bercinta. Maka terjadinya fenomena bertepuk sebelah tangan.

Bila mereka meluah perasaan, yang serba salah adalah kita. Hendak merespon pun susah, hendah berdalih lagi la maha susah. Alihnya dari syok syok berkawan telah menjadi musuh dalam selimut. Hehe. Tapi kalo dalam selimut tue, tak pernah bermusuh kot. Jadi ape pendapat tuan puan tentang topik ini. Haruskah seseorang itu meluahkan perasaan mereka secara berterus terang? Jika si dia semacam tidak suka, apa yang harus si peluah perasaan harus lakukan?

Sebagai yang berpengalaman dalam hal ini (sila jangan tiru, amat kejam), saya akan jadi cam beskut cipsmore je. Kejap ade, kejap tade. Tapi rasanya, kalo baca paper ari ahad… rasanya ramai lagi suka berkawan dari bercinta. Hee hee. Ntah la dunia!!!

No comments:

Post a Comment